\

Meh join...

Saturday, January 8, 2011

Aikk !! Bekalan Minyak masak kehabisan

 Ape nie,? Minyak pulak yang x de.Hari tu gula yang x de sekarang minyak msak pulak yang x de, macam
mane lah orang yang nak berniaga, nampaknya kena ganti pakai minyak nyiur lah atau pelanta..hihihi..
Macam 2 sekarang, ini mungkin orang yang tidak bertanggungjawab menyorok bekalan minyak untuk dinaikkan harga.. Pasal nak cari untung orang awan yang jadi mangsa,bongok betul orang yang buat tu,nanti adelah yang bunyi pasal harga makanan kat pasar malam naik.

serbuan di sesebuah gudang yang menyorok minyak masak

Friday, January 7, 2011

Terengganu Juara Sukan !!!

PEMAIN BOLA SEPAK YG MENGHARUMKAN NAMA NEGARA YG BERASAL DARI TERENGGANU

Ashaari atau nama sebenarnya Mohd.Ashaari Shamsudin  yang dikenali sebagai perancang utama dalam bola sepak negeri Terengganu.Beliau adalah Anak Sejati Terengganu.  Beliau memperolehi anugerah KASUT EMAS kerana kejayaan beliau menjadi penjaring terbanyak saingan liga super 2010.Beliau Terus menonjol naik naik apabila menghadiahkan satu gol kepada pasuka Malaysia pada perlawanan akhir part 1. Malaysia vs Indonesia ,piala suzuki di stadium bukit jalil baru-baru ni.Sungguh membanggakan..Tahniah Kepada Shaari ..Semoga terus kekal dengan kejayaan hari ini.. Terengganu Nelang



Azizulhasni Awang  Pelumba Basikal Harapan Negara dan Permata Terengganu.



Seorang lagi Juara Lumba Basikal yang tidak asing lagi di Malaysia .Azizulhasni Awang ialah anak kelahiran Terengganu.Beliau terus mara dengan membawa pingat emas di Sukan Asia 2010.Beliau memenangi acara keirin pada sirkit kedua Kejohanan Lumba Basikal Trek Piala Dunia di Melbourne, Australia baru-baru ini.Terus menaikkan nama beliau Di SUkan Asia .Beliau baru berusia 22 tahun,semangat beliau amat tinggi sehingga dapat mecipta nama Di sukan Asia.


Bekas Raja Pecut Malaysia

Nazmizan Raja Pecut Negara

Terengganu Juara Club Motor


Kalau Sebut pasal Club motor dan Mat rempit Di negeri Terengganu lah tempatnya.Terengganu memang glamour dengan geng motor kalau nak sebut semua club di terengganu x cukup page nie..hihihi  .Diatas adalah club2 motor yang glamour di negeri Terengganu,dengan ahli yang ramai Dan sticker club terpapar di motor masing2 .Club2 mtor sebegini tidak akan lengkap kalau tidak ada aktiviti konvoi. Kalau kita tengok dalam cerita Remp-it ,tempat dekat kl.tapi kalau kita dekat kuala lumpur kurang dengan aktiviti rempit sebaliknya di terengganulah komuniti geng motor yang ramai.Kalau malam minggu port mereka di serata tempat di dalam negeri terengganu.



Kebanyakan geng2 motor terengganu mempunyai sebuah Helmet yang harganya melebihi rm 5,000 .

Thursday, January 6, 2011

Himpunan Remaja Terengganu 2010 & Pelancaran Kelab Motor Terengganu

Kata-kata PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu setiap aktiviti dan program berkaitan belia dilaksanakan berdasarkan aspirasi kehendak golongan berkenaan.

Beliau berkata tanpa mengambil kira perkara itu, golongan belia akan dilihat semakin sukar untuk didekati.

"Jangan fikir apa yang kita suka golongan berkenaan akan suka dan jangan fikir apa yang kita tak suka, golongan berkenaan juga tidak suka," katanya ketika berucap pada himpunan remaja sempena pelancaran Kelab Motor Terengganu 2010 di Stadum Tertutup Kompleks Sukan Terengganu, Gong Badak di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
 
 
 
 Najib dan Ahmad Said bersama barisan EXCO ketika merasmikan Himpunan Remaja sempena Pelancaran Kelab Motor Terengganu 2010 di Stadium Tertutup Sultan Mizan Gong Badak Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Perhimpunan berkenaan berjaya mengumpul lebih 32,000 remaja dan 16,000 remaja bermotosikal di Terengganu, yang bertujuan mendidik golongan itu agar lebih berhemah dan tidak terbabit dengan aktiviti lumba haram.

Najib berkata golongan belia kini telah melalui proses perubahan yang besar dan pendekatan yang digunakan tidak boleh lagi dilaksanakan seperti tahun-tahun 60-an dan 70-an.

Perdana Menteri juga meminta semua pihak tidak berterusan melabelkan golongan merempit sebagai samseng jalan raya.

"Jangan kata mereka samseng jalan raya... mereka boleh jadi bengang atau bosan di rumah, jadi timbulah budaya ini yang sebenarnya kita perlu juruskan kepada perlakuan yang baik agar mereka dapat mematuhi undang-undang, tidak menunggang secara berbahaya dan sebagainya," katanya.

Perdana Menteri berkata golongan berkenaan perlu diberi peluang dan kemudahan tertentu, misalnya sirkit perlumbaan, bagi membolehkan mereka berlumba dengan cara yang betul.

Najib berkata kerajaan Barisan Nasional sedang melaksanakan empat transformasi melibatkan kerajaan, ekonomi, politik dan sosial.

"Dalam transformasi sosial yang kita perjuangkan itu termasuklah program seperti hari ini yang kita mahu membentuk belia untuk pimpinan masa depan," katanya.

Najib berkata golongan belia cerminan masa depan dan mereka perlu dibimbing dengan pendekatan sewajarnya untuk menjadi pelapis kepada kepimpinan masa depan.